Cubaan Pertama.

 

Kebelakangan ini

Aku cuba menulis

menggunakan bahasa ini

yang tlah lama aku pendam

 

Aku cuba menguasai lagi

bahasa yang tlah cuba aku lupai-

Aku cuba

Aku cuba.

 

Bahasa ibunda,

kata mereka.

Walapun ibuku sendiri

tidak pernah berbahasa begini

kepada diriku sendiri

mahupun kepada adik beradikku,

 

namun aku tahu itu bukan salahnya

 

Salahnya itu diriku sendiri

yang lambat menyedari

bahasa itu kuasa

yang menguasai alam semesta-

 

Makanya ibuku tidak memilihnya.

 

Biarpun begitu

doa-doanya tetap bersuarakan

“Aku Hambamu

dan Engkau Tuhanku-”

 

dan seperti lagu yang datang

dari negeri asing,

aku suka mendengarnya

tetapi payah untuk mengenakan makna

demi setiap ungkapan

 

tetapi aku cuba

Aku cuba.

 

Lama kelamaan

dengan tidakku sedari

Ia mula menaruh

ke dalam mafhumku

 

[Dan jikalau aku jujur dengan diriku sendiri]

tiap kali waktu aku terdesak

dalam sujud

bahasa ini mengalir

bagaikan cecair dari hujung lidahku

dan bercampur air mata yang mengalir

di pipiku, aku dengan otomatis

berbicara, bertutur seolah-olah

ia hembusan loghatku

dan tiap kali aku cuba menggunakan

bahasa penjajahku

dalam sujudku

aku segan dan malu

terus membisu.

 

Walapun ditemani Google

demi menulis serpihan lurus ini

dan masih sukar membilang

nombor passportku

dan nombor telefonku

dalam bahasa yang seharusnya

lebih akrab kepadaku

dari bahasa Arab

yang lebih aku kenal

Nahunya dan Sorofnya.

 

Perjalananku masih jauh

umpama budak baru belajar

kalau ada silap dan salah

minta jangan ada yang marah

kerana aku (mahu) cuba

 

Aku cuba.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s